Soalan
Lazim
Soalan-Soalan
Umum
(Rujukan dari portal
toneexcel.com)
Soalan-Soalan Umum Tone Excel
-Bagaimana saya
mendaftarkan tajaan baru saya kedalam sistem Tone Excel?
Isikan borang pendaftaran rasmi Tone Excel dan: -
-
Hantarkan ke pusat servis anda; atau
-
Hantarkan ke cawangan; atau
-
Hantarkan ke pejabat Tone Excel
-Bagaimana
saya menyemak rangkaian dan penyata pendapatan saya?
-
Layari www.toneexcel.com.
-
Masukkan username (NRIC anda / # Paspot) and kata laluan.
-
Anda boleh menyemak rangkaian anda di "View Genealogy (Uni Level)".
-
Anda boleh menyemak penyata pendapatan anda di "Statement".
-Boleh
saya mengemaskini informasi saya (profil, info bank, pewaris dan kata
laluan) di sistem Tone Excel?
Ya, anda boleh.
-
Layari www.toneexcel.com.
-
Masukkan username (NRIC anda / # Paspot) and kata laluan.
-
Anda boleh kemaskini profil anda di "Edit Profile".
-
Anda boleh kemaskini info bank anda di "Edit Bank Info".
-
Anda boleh kemaskini pewaris anda di "Edit Beneficiary Info".
-
Anda boleh tukar kata laluan anda di "Change Password".
-Bagaimana
saya boleh membuat laporan tentang sebarang isu?
Jika anda mempunyai sebarang isu, anda boleh menghantar emel ke
info@toneexcel.com.
-Adakah "Credit Transfer"
dikira sebagai tambah nilai?
Tidak. Anda boleh memberi kredit kepada kawan yang memnggunakan talian
TuneTalk, tetapi ia tidak diambil kira sebagai tambah nilai. Oleh itu,
ia tidak dikira dalam pengiraan komisen.
-Kenapa saya tidak
mendapat komisen saya?
Terdapat 4 kemungkinan kenapa ia demikian: -
-
Anda tidak memenuhi tambah nilai bulanan minimum
sebanyak RM20.
-
Jumlah komisen anda tidak melebihi RM RM30.
-
Talian TuneTalk anda telah luput.
-
Akaun bank anda tidak penuh. Sila kemaskinikan informasi tersebut.
-Kenapa
bonus Fast Track anda tidak diterakan dalam penyata?
Kawan yang anda rujuk belum lagi membuat panggilan / SMS yang pertama.
Jadi sila suruh mereka berbuat demikian.
-Jika sim kad Tone Excel
saya hilang / rosak, bagaimana saya mendapatkan gantian sim kad?
-
Buat laporan ke Khidmat Pelanggan Tune Talk di
13100.
-
Hubungi pusat servis atau cawangan terdekat anda dan membeli sim kad
gantian yang baru.
-
Hubungi Khidmat Pelanggan Tune Talk dan memberi nombor sim kad gantian
itu.
-
Sim kad gantian baru adalah RM10.
-
Hubungi Khidmat Pelanggan Tone Excel untuk kemaskinikan informasi sim
anda.
Soalan-Soalan
Teknikal TuneTalk
(Rujukan dari portal toneexcel.com)
-Bagaimana saya menyemak
baki saya?
Hanya dail *133# dan tekan SEND.
-Bagaimana saya tambah
nilai akaun saya?
Anda boleh membeli tambah nilai dari lokasi-lokasi yang ada terjual.
Tekan *122*<16 digit PIN tambah nilai># dan tekan SEND.
-Jika saya mempunyai
sebarang isu teknikal, siapakah saya boleh hubungi?
Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan TuneTalk dengan dail 13100 atau
03-79490000. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan pelanggan dari
9.00pagi ke 9.00malam.
Sila memberi informasi-informasi sedemikian: -
-
Nombor sim kad (tertera dibelakang sim kad anda)
-
NRIC / # Paspot
-
Nama
-
No. Tel.
-Bagaimana
jika saya ingin membuat laporan tentang perkhidmatan talian?
Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hantar emel ke
customer.care@tunetalk.com.
-Bolehkah saya kekal
nombor semasa talian lain saya di TuneTalk?
Boleh. Ia dinamakan Mobile Number Portability (MNP), ataupun dikenali
sebagai Port-In.
Anda boleh berbuat demikian atau pusat servis atau cawangan terdekat
anda.
-Kenapa MNP saya tidak
diluluskan?
3 kemungkinan kenapa port-in tidak diluluskan
-
Bukan dalam talian prabayar.
-
Informasi (Nama) yang didaftarkan dalam dua talian tidak sama.
-
NRIC / Paspot yang didaftarkan di TuneTalk dan port-in tidak sama.
Langkah: -
Pergi ke Perkhidmatan Talian (i.e. Maxis, Digi,
Celcom).
Semak dan pastikan NRIC dan nama didaftarkan.
Beritahu Tone Excel untuk proses jika informasi anda
adalah betul.
-Apa yang saya boleh buat
jikalau sim kad saya tidak boleh buat atau menerima panggilan?
Anda boleh berbuat demikian dulu: -
-
Pergi ke setting telefon.
-
Pilih setting rangkaian.
-
Pilih rangkaian "MANUAL".
-
Layari rangkaian yang ada dan pilih rangkaian yang lain(i.e. Maxis,
Digi) sehingga talian anda menunjukkan "PANGGILAN KECEMASAN".
-
Cuba sekali lagi dan sekarang pilih My Celcom or Tune Talk.
-
Tutup telefon bimbit dan buka balik selepas 15 minit.
-
Cuba buat panggilan keluar.
-
Jikalau tidak boleh lagi, sila hubungi Khidmat Pelanggan TuneTalk di
03-79490000.
-Apa
yang saya boleh buat jikalau sim kad saya tidak boleh menerima atau
membuat SMS?
Anda boleh berbuat demikian dulu: -
-
Pergi ke message setting.
-
Pilih text message.
-
Cari nombor pusat servis dan masukkan (+6019 3900045) / tukar APN.
-
Tutup telefon bimbit dan buka balik selepas 15 minit.
-
Cuba dapatkan message dari rangkaian yang lain atau buat SMS keluar.
-
Jikalau tidak boleh lagi, sila hubungi Khidmat Pelanggan TuneTalk di
03-79490000.
-Bolehkah
saya aktifkan GPRS saya?
Ya anda boleh. Sila ikut langkah-langkah tersebut.
Konfigurasi
automatic
Teken "SET" (tanpa ") ke 20999. Anda akan menerima satu message. Sila
SAVE message tersebut.
Konfigurasi
manual
Pergi ke telefon bimbit menu konfigurasi data anda dan masukkan seperti
demikian: -
APN : tune talk
Username : Tiada username. Biarkan kosong
Password : Tiada password. Biarkan kosong
DNS : 0.0.0.0
Gateway : 0.0.0.0
-Bagaimana saya aktifkan
akaun TuneTalk SelfCare saya?
Anda boleh aktifkan akaun TuneTalk SelfCare dengan langkah-langkah
dibawah.
-
Masukkan sim kad kedalam telefon bimbit anda.
-
Tambah nilai dan pastikan talian anda aktif.
-
Layari laman Tune Talk SelfCare: www.tunetalk.com.
-
Masukkan NRIC anda / # paspot dan nombor TuneTalk.
-
Klik Reset.
Anda akan menerima
kata laluan sementara.
Ahli-ahli yang sudah mempunyai akaun TuneTalk
SelfCare boleh menggunakannya.
Jika sudah berjaya masuki akaun anda, sila tukarkan
kata laluan.
Jika anda mempunyai sebarang masalah ataupun
pertanyaan, anda perlu emel atau hubungi Khidmat Pelanggan TuneTalk di
03-79490000.
Soalan-soalan lazim lain.
1.
Bagaimana nak sertai program ni?
Untuk sertai program ni anda
perlu dapatkan SIMKad,
aktifkan SIMKad dan daftar jadi agen atau affiliate referral program
Tone Excel
WOW.
2.
Berapakah bayaran yang dikenakan?
Bayarannya
ialah RM80 untuk kos SIMKad Tone Excel dan RM5 untuk caj
Kurier (RM85 untuk
dalam
Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak)
3.
Adakah saya akan mendapat web replika untuk promosi seperti ini?
Ya,
sesiapa saja yang join, akan mendapat web replika seperti ini
http://www.gotunetalk.com/nama_anda
4.
Bilakah saya akan terima SIMKad selepas membuat bayaran?
SIMKad
akan diposkan
menggunakan kurier dan akan sampai dalam masa 2 atau 3 hari
waktu bekerja, bergantung
pada lokasi anda.
5.
Bolehkah warganegara asing sertai program ni?
Ya
boleh dengan syarat ada
nombor passport dan akaun bank di Malaysia
6.
Berapa maintain bulanan dan apa akan terjadi jika saya tak maintain?
Maintain
bulanan ialah membeli topup
(Tune Talk) sejumlah
RM30 dalam masa sebulan,
boleh beli
sikit-sikit secara
terkumpul. Jika tak maintain RM30,
secara automatik anda tidak lagi layak mendapat insuran perlindungan
atau insuran PA yang bernilai RM100,000.00. Maintain
bulanan untuk layak mendapat komisyen dari topup downline anda ialah RM20 sebulan. Jika
topup anda kurang RM20 pada bulan itu,
anda tidak
layak menerima komisyen
dari topup downline anda pada bulan
tersebut sahaja.
7.
Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?
Komisyen
akan dibayar pada
setiap 21hb terus ke akaun bank anda dengan syarat ada baki minimum RM30 dalam ewallet.
Komisyen dibayar oleh pihak Tone Excel Sdn Bhd.
8.
Bagaimana dengan coverage Tone Excel WOW?
TuneTalk
menggunakan
infrastruktur Celcom. Jika coverage Celcom di kawasan anda ok maka
TuneTalk pun sama juga. [Tone Excel menggunakan Tune Talk
sebagai
pembekal talian atau Service Provider]
9.
Bagaimana dengan insuran PA Oriental Capital Assurance yang di janjikan?
Insuran
PA Oriental Capital Assurance hanya aktif setelah
bulan ketiga dan seterusnya. 2
bulan pertama atau 60 hari, adalah tempoh bertenang dan kita
dikehendaki kekalkan topup setiap bulan itu sekurang-kurangnya RM30
sebagai syarat layak mendapat insuran PA Oriental Capital Assurance bermula dari bulan
ketiga.
Bulan-bulan
seterusnya
juga perlu
maintain topup RM30 setiap
bulan untuk mendapat
faedah insuran PA Oriental Capital Assurance.
10.
Bolehkah pengguna pascabayar atau postpaid join dan kekalkan nombor
lama?
Pengguna
postpaid boleh join dengan cara berikut:
1 Perlu
mohon dari service provider (Celcom, Maxis dn lain-lain) untuk tukarkan
nombor sedia ada dari plan postpaid ke plan prepaid.
2 Perlu
jelaskan bil-bil tertunggak jika ada ketika gunakan plan postpaid
(Celcom, Maxis dan lain-lain). Penukaran plan postpaid ke plan prepaid
akan diberi hanya setelah bil-bil berkaitan di jelaskan.
3
Setelah berjaya menukar kepada prepaid, boleh lah tukarkan kepada
service Tune Talk dan kekalkan mengguna nombor lama.
11. Bagaimana
Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Kerja
anda hanyalah menjual SIMKAD
handphone ToneExcel ( yang
menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik,
sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka
top-up prepaid mereka maka anda akan dapat komisyen.
12.
Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?
Harganya
sekeping RM80 ( yang
mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)
13.
Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
32
sen panggilan seminit dan 15 sen
sekali sms.
14.
Dimanakah boleh top-up prepaid ini?
Anda
boleh top-up prepaid tunetalk di
seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang
menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid,
maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.
15.
Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid
Tunetalk-ToneExcel ini?
Anda
boleh mengekalkan nombor lama, anda
diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000 dan juga peluang untuk
menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
16.
Adakah saya kena top-up minima RM30 tersebut sekali gus atau boleh
sedikit-sedikit?
Kedua-duanya
boleh, sekali gus pun boleh
sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM30
17. Apa
jadi pada bulan tersebut saya top-up jumlahnya tak sampai RM30?
Jika
sebulan anda tidak
maintain RM30, secara automatik faedah insuran Oriental Capital Assurance yang bernilai
RM100,000.00 itu akan terbatal.
Anda masih layak menerima komisyen dari penggunaan topup downline anda
kerana syarat menerima komisyen downline anda ialah maintain hanya RM20
sebulan.
Jika penggunaan anda pada bulan itu kurang RM20, anda tidak layak
menerima komisyen dari penggunaan topup downline anda.
Keahlian anda dalam program affiliate adalah kekal.
18.
Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Ikuti
cara-cara untuk mengekalkan nombor
lama. Sila rujuk dibahagian KEKAL
NOMBOR.
19.
Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya
lakukan?
Lakukan
promosi dan ceritakan tentang
peluang perniagaan hebat ini
kepada rakan-rakan anda.
20.
Bagaimana saya ingin menaja orang lain secara?
Pertama
bantu mereka untuk
mendapatkan SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini
Kedua bantu mereka aktifkan SIMKAD tersebut. (Sila rujuk dibahagian AKTIF SIMKAD)
Ketiga daftarkan mereka dibawah anda. (Sila rujuk di bahagian DAFTAR DOWNLINE)
21.
Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Dicadangkan
supaya anda menggunakan 2
cara untuk mempromosikan
perniagaan ini.
a. Secara
online.
Gunakan
url web promosi anda dan
iklankannya di facebook, iklan
percuma, email rakan-rakan, dan lain lain lagi.
b. Secara
Offline.
Anda
hanya perlu bersembang dengan
rakan-rakan anda dan terangkan
kepada mereka tentang peluang ini atau beri katalog kepada mereka.
22.
Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya
mengembangkannya secara online?
Anda
boleh memohon untuk memiliki
website promosi secara PERCUMA.
23.
Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Oriental Capital Assurance Ini?
Sebagai
pengguna tunetalk-toneexcel
anda layak untuk menerima PA
Insurance PERCUMA bernilai RM100,000 daripada Oriental Capital Assurance Maybank. Insuran
ini hanya untuk ahli yang aktif dan berumur 12 - 65 tahun sahaja.
Tolong jangan hilangkan sebahagian SIMKAD anda yang tertulis nombot 16
digit dibelakangnya.
Untuk
segala
claim dan pertanyaan, anda hanya perlu
hubungi Claim
Helpdesk di talian 1-300-88-1007
24.
Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen
terus ke akaun bank saya?
Boleh.
Apa yang perlu dilakukan
adalah didalam member area mereka,
dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa
fax kan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9056 3844.
25.
Saya
telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM8 dikedai,
bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD
Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh.
Anda hanya perlu telefon nombor ini 03-79490000
dan beritahu mereka yang anda ingin menukar SIMKAD tunetalk biasa
kepada TuneTalk-ToneExcel tetapi ingin mengekalkan no tunetalk yang
lama itu.
26.
Saya
tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya
jalankan perniagaan ini?
Boleh.
Dibawah ini saya terangkan cara2nya.
1. Terangkan mengenai peluang perniagaan ini kepada saudara mara dan
sahabat anda.
2. Jika mereka ingin menyertai program ini dibawah anda, berikan borang
pendaftaran dan suruh ia isikan.
3. Berikan dia sekeping SIMKAD Tunetalk_ToneExcel dan jangan lupa minta
RM80 (Modal anda tu, penting)
4. Call saya untuk bantuan mengaktifkan
SIMKAD dan pendaftaran Affiliate.
5. Poskan borang pendaftaran yang asli ke service centre anda (alamat
di beri bersama pesanan SIMKad.
27.
SOALAN: Saya dari
Singapore sangat tertarik dengan program WOW ini, bila agaknya Tunetalk
akan memasuki pasarang Singapore?
Untuk penggunakan line TuneTalk, mereka boleh gunakan handphone mereka
keseluruh dunia, sama seperti handphone yang lain, charge roaming akan
dikenakan sahaja, cuma program WOW ini besar kemungkinan akan memasuki
Thailand dan SIngapore pada tahun ini juga 2011.
28.
SOALAN: Saya dah
berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi handphone saya
boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?
Itu disebabkan masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan
masalah simkad. Jadi saya cadangkan anda call 0105000969 dan bercakap
dengan Nurul atau Zureen (dari ToneExcel) dan minta bantuan dia ajarkan
cara2 nak setting handphone anda.
29.
SOALAN: Saya dah cuba
sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai
sekrang masih tak berjaya lagi?
Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama,
jika di maxis anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain,
sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang
perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda
dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa
pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.
30.
SOALAN: Bagaimana
ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya
atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda
(www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor
pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.
31.
SOALAN: Masalah untuk
TAC numbered. Bila TT akan dapat keizinan dari pihak bank apabila
nombor lama ingin dikekalkan?
Semua bank di Malaysia seperti CIMB Click, Maybank2u, BSN dan
lain-lain, sudah boleh menghantar TAC ke no tunetalk. Sila hubungi
TuneTalk Careline jika perlu kepastian.
32.
SOALAN: Saya ada
masalah mengenai TT kad. Masa saya dapat kad tersebut terus saya buat
buat panggilan. masalahnya saya tak tau dealer kod
dan
password untuk log in ke dealer network.?
Simkad tersebut perlu diaktifkan dahulu sebelum dapat digunakan, sila
lihat bahagian Aktifkad SIMKAD di menu diatas. Untuk sesiapa yang
membeli simkad dari senarai Service Centre yang di bahagian Pesanan
SImkad, dealer kodnya adalah TT01.HQ.028.0003.001 dan passwordnya
adalah alam1234 Tetapi jika anda membeli simkad tersebut dari service
centre yang lain, maka dealer code nya akan berubah.
33.
SOALAN: Saya rasa
keliru mengenai program WOW program tunetalk-toneexcel ini, ada
sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang
tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?
Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20
sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadang mereka untuk kita supaya
kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh etika Maybank.
Oriental Capital Assurance memberi syarat kepada pengguna Tunetalk untuk kekal didalam
insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.
34.
SOALAN:
Salam
tuan,
Boleh
dapatkan keterangan
lanjut berkenaan tarikh luput pada top up iaitu Okt 2010 yang dibekalan
bersama2 simkad ketika saya membuat pesanan secara pos, ramai downline
saya bertanyakan perkara tersebut. tq
Tarikh luput telah dilanjutkan kepada Okt 2011, abaikan apa yang
tertulis di kertas topup tersebut.
anda.
* Soalan dan jawapan akan ditambah dari semasa kesemasa.
|